fb fb fb fb fb

Lelaki bersenjata serbu resort, tujuh terbunuh di Mexico

(Salah seorang mangsa tembakan lelaki bersenjata di Cortazar, Mexico/AFP)

CORTAZAR, 16 April- Tujuh individu termasuk seorang kanak-kanak mati ditembak oleh seorang lelaki bersenjata yang menyerbu masuk sebuah resort di bandar sini, dekat Guanajuato, tengah Mexico pada Sabtu.

Dewan Bandaraya di sini dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa yang terbunuh melibatkan tiga wanita dan tiga lelaki serta seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun, manakala seorang lagi cedera parah.

"Suspek tiba di Resort La Palma pada pukul 4.30 petang waktu tempatan untuk melakukan serangan itu," menurut kenyataan.

Jelas kenyataan itu, penyerang bergerak terus ke arah sekumpulan pengunjung yang berada berdekatan sebuah kolam renang sebelum melepaskan beberapa das tembakan, sekali gus mencetuskan keadaan huru-hara serta panik.

Serangan berkenaan berlaku pada hari terakhir tempoh cuti sekolah musim bunga.

Bandar sekitar Guanajuato menyaksikan lonjakan keganasan berkaitan dadah dalam beberapa tahun kebelakangan ini, akibat pertikaian antara kumpulan Santa Rosa de Lima dan Kartel Generasi Baharu Jalisco (CJNG). -AFP

(Kenderaan pihak berkuasa yang tiba di lokasi kejadian tembakan
di Cortazar, Mexico/AFP)

Media Baharu