fb fb fb fb fb

Montana negeri pertama di AS lulus RUU haramkan TikTok

(Ahli Parlimen di Montana Amerika Syarikat (AS) haramkan TikTok/FOTO REUTERS)

HELENA, 16 April - Ahli Parlimen di Montana Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat meluluskan Rang Undang-Undang untuk mengharamkan aplikasi TikTok daripada beroperasi di negeri itu.

Rang Undang-Undang itu dikenali sebagai SB 419 akan melarang mana-mana kedai telefon mudah alih daripada menawarkan untuk muat turun aplikasi TikTok kepada pengguna di Montana.

RUU itu disokong 54-43 ahli parlimen untuk meluluskan pengharaman TikTok.

Apple dan Google yang mengendalikan aplikasi Tik Tok juga akan berdepan dengan tindakan denda sekiranya didapati melanggar larangan itu.

Bagaimanapun pelaksanaan untuk mengharamkan aplikasi itu masih tidak jelas.

RUU itu ditandatangani oleh Gabenor Greg Gianforte.

TikTok dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan terus memperjuangkan pengguna dan pencipta TikTok di Montana.

TikTok, yang dimiliki oleh syarikat teknologi China ByteDance berdepan kecaman yang semakin meningkat daripada beberapa penggubal undang-undang di AS untuk mengharamkan aplikasi TikTok kerana bimbang China boleh mendapat akses kepada data pengguna.- REUTERS

(Ahli Parlimen di Montana Amerika Syarikat (AS) haramkan TikTok/FOTO REUTERS)

Media Baharu