fb fb fb fb fb

Guna anak kucing sebagai 'bayi' untuk sorok dadah

(Kucing dipakaikan baju bayi dan lampin bagi mengaburi mata pihak
berkuasa Rusia/AFP)

NIZHNY TAGIL, 16 April- Tindakan mencurigakan seorang wanita yang membawa seorang kanak-kanak dan seorang 'bayi' di sini terbongkar selepas polis menjumpai lima bungkusan serbuk dadah jenis methylephedrine yang disorok dalam pakaian 'bayi' terbabit dalam kejadian Selasa lalu.

Lebih mengejutkan, 'bayi' yang dibawa itu adalah seekor anak kucing berpakaian bayi dan lampin.

Kementerian Dalam Negeri Rusia memaklumkan, suspek telah ditahan dan pemeriksaan di pangsapurinya turut menjumpai dadah.

"Suspek ditahan berhampiran sebuah perkampungan percutian di pinggir bandar. Untuk mengelakkan syak wasangka, dia menggunakan imej seorang ibu berjalan bersama anak perempuan dan bayi," kata Irina Volk, jurucakap Kementerian Dalam Negeri Rusia.

Keseluruhan dadah yang dirampas adalah seberat 170 gram. -AFP

(Kucing (kiri) dijadikan mangsa sorok dadah, suspek (atas) dan lima pek dadah (bawah)
yang dirampas di Nizhny Tagil, Rusia/ AFP

Media Baharu