fb fb fb fb fb

Polis salah rumah, tembak mati pemilik

(Pemilik rumah, Robert Dotson ditembak polis di New Mexico, Amerika Syarikat/Reuters)

NEW MEXICO, 16 April- Pegawai polis di sini dekat Amerika Syarikat menyedari berada di rumah yang salah setelah beberapa saat melepaskan tembakan ke atas pemilik rumah tersebut.

Insiden tidak disengajakan itu didedahkan kepada umum menerusi kamera badan tiga pegawai terbabit yang dikeluarkan pada Jumaat.

Pada 5 April, Robert Dotson, 52, dibunuh oleh polis di Farmington, di sini, selepas pegawai yang menerima laporan keganasan rumah tangga pergi ke alamat rumah yang salah.

Video itu menunjukkan seorang pegawai mengetuk pintu rumah sebanyak tiga kali, dan sementara mereka menunggu, dua pegawai berbincang sama ada mereka mempunyai alamat yang betul, serta kedengaran ketawa apabila menyedari kesilapan telah dilakukan.

Seorang pegawai kemudian berundur beberapa saat sebelum pintu dibuka dan menjerit "angkat tangan", serta hampir sekali lagi melepaskan tembakan.

Seorang wanita boleh didengari menjerit, diikuti pegawai melepaskan tembakan buat kali kedua.

Difahamkan, tiga kanak-kanak turut berada di tingkat atas semasa kejadian.

Sehingga kini, polis belum mendedahkan nama pegawai terbabit, yang telah diberi cuti bergaji sementara siasatan dijalankan.

Ketua Polis Farmington, Steven Hebbe berkata, keluarga mangsa dan peguam sudah menonton video itu sebelum ia disiarkan secara terbuka. -Reuters

 
(Robert Dotson mati ditembak polis di New Mexico, Amerika Syarikat/Reuters)

Media Baharu