fb fb fb fb fb

Lula gesa campur tangan negara G20, hentikan perang

FOTO AFP

ABU DHABI, 16 April- Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva pada Ahad menuduh Amerika Syarikat dan Eropah sengaja memanjangkan konflik peperangan Rusia-Ukraine.

Beliau mengakhiri lawatan rasmi ke China dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini, bertemu dengan kedua-dua pemimpin tertinggi negara berkenaan dalam usaha rundingan menamatkan krisis global itu.

Jelas Lula, China, UAE dan negara lain harus campur tangan dalam "politik G20" untuk cuba menamatkan perang.

Veteran sayap kiri itu turut menyatakan bahawa perang yang tercetus, berpunca daripada keputusan sendiri yang dibuat kedua negara.

"Presiden Putin tidak mengambil sebarang inisiatif untuk menghentikan perang. Presiden Volodymyr Zelensky dari Ukraine juga tidak mengambil sebarang inisiatif untuk menghentikan perang.

Eropah dan AS terus memberikan sumbangan mereka untuk meneruskan perang. Wakil negara lain harus campur tangan dan tegas dengan pendirian menghentikan peperangan," kata Lula melalui penterjemah rasmi, memberitahu pemberita di Abu Dhabi.

Terdahulu, semasa di China, Lula menuduh Washington menggalakkan perang Rusia-Ukraine susulan negara itu bertindak membekalkan senjata ke Ukraine.

Beliau juga menyelar penguasaan dolar dalam perdagangan global, menggesa mata wang baharu untuk urus niaga antara negara BRICS.- AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu