fb fb fb fb fb

Tuduhan rasuah: Aung San Suu Kyi dijatuhkan hukuman lima tahun penjara

MYANMAR, 28 April - Hakim mahkamah yang dikendalikan junta tentera menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada pemimpin demokrasi yang digulingkan, Aung San Suu Kyi atas kesalahan rasuah.

Ia adalah hukuman kepada pertuduhan pertama kes terbabit daripada 11 kes yang sedang dihadapinya.

Menurut sumber yang enggan dikenali memberitahu, keputusan tersebut telah dijangka sejak awal pertuduhan dibacakan.

"Hakim yang menjatuhkan hukuman tersebut tidak menjelaskan secara terperinci kesalahan yang dilakukan tertuduh. Perbicaraan diadakan secara tertutup dan maklumat berkaitannya terhad dan tidak dikongsikan," menurut sumber itu.

Ujarnya, pihak pembelaan pemenang Hadiah Nobel itu nyata tidak berpuas hati dengan proses yang berlangsung dan berikrar untuk membuat rayuan.

Sementara itu, pemerhati politik kebanyakannya mengutuk prosiding yang dilihat dikawal junta serta jelas bermotifkan politik.

Ia dikecam sebagai pelanggaran hak asasi manusia serta pencabulan terhadap kedaulatan undang-undang.

Aung San Suu Kyi turut berdepan pelbagai tuduhan yang membawa jumlah hukuman penjara secara keseluruhan hampir 190 tahun.

Beliau sempat memimpin Myanmar selama lima tahun sebelum ditahan melalui rampasan kuasa tentera pada Februari 2021. - Reuters


(Aung San Suu Kyi/REUTERS)

Media Baharu