WASHINGTON, 16 November- Presiden terpilih, Donald Trump pada Jumaat mengumumkan bahawa Karoline Leavitt, jurucakap kempennya yang berusia 27 tahun akan dilantik sebagai Setiausaha Akhbar White House.
Trump berkata dalam satu kenyataan berkata Leavitt adalah seorang yang bijak, berani dan telah terbukti menjadi seorang komunikator yang sangat efektif.
"Saya mempunyai keyakinan penuh bahawa dia akan berjaya di podium dan membantu menyampaikan mesej kami kepada rakyat Amerika.
Leavitt akan menjadi salah seorang individu termuda yang memegang jawatan penting ini, bertindak sebagai wajah rasmi White House dan menjawab soalan daripada pihak media," kata Trump dalam kenyataan itu.
Leavitt telah bertugas sebagai setiausaha akhbar negara bagi Trump semasa kempen pilihan raya dan melahirkan anak pertamanya pada Julai lalu, beberapa bulan sebelum pilihan raya, menurut podcast Fox News yang disiarkan secara dalam talian pada Jumaat.
Setelah bekerja sebagai pembantu setiausaha akhbar untuk Trump semasa penggal pertamanya, Leavitt mencuba nasib untuk memenangi tempat di Dewan Perwakilan dari negeri asalnya, New Hampshire pada tahun 2022 tetapi gagal.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengarah komunikasi untuk Ahli Parlimen Elise Stefanik, yang dicalonkan oleh Trump untuk menjadi duta besar PBB.
"Saya tidak dibesarkan dalam keluarga politik. Saya dibesarkan seperti kebanyakan rakyat Amerika dalam keluarga perniagaan kelas pertengahan di negeri asal saya, New Hampshire.
"Saya hanya terjun ke dalam dunia politik semasa di kolej saya, Saint Anselm College, di Manchester (New Hampshire)," katanya dalam podcast Fox News.- AFP