fb fb fb fb fb

Trump ugut ‘go in and kill’ Hamas

Presiden AS, Donald Trump mengancam ugut 'menghapuskan' Hamas

WASHINGTON, 17 Oktober – Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengancam untuk ugut 'memasuki (ke Gaza) dan bunuh' Hamas sekiranya berlaku pembunuhan terhadap rakyat Gaza.

Menerusi hantaran di platform Truth Social, Trump menuduh Hamas kononnya kumpulan itu melakukan pembunuhan di Gaza selepas gencatan senjata.

“Jika Hamas terus membunuh orang di Gaza, yang bukan sebahagian daripada perjanjian, kami tiada pilihan selain untuk masuk dan membunuh mereka.”

Trump tidak menjelaskan siapa yang dimaksudkan dengan “kami”, namun menegaskan tentera Amerika Syarikat tidak perlu terlibat secara langsung di Gaza.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika Israel dilaporkan masih mengekalkan kekuatan tenteranya di beberapa kawasan di Gaza meskipun sebahagian pasukan telah berundur di bawah perjanjian gencatan senjata 20 perkara digariskan AS.

Sikap Trump yang sebelum ini dilihat acuh tak acuh terhadap pembunuhan rakyat Palestin oleh Zionis Israel mengundang kritikan antarabangsa.

Ini termasuk daripada kumpulan hak asasi yang menyifatkan kenyataannya sebagai berat sebelah dan tidak menghormati nyawa penduduk Gaza. - AFP

 

GRACE AISYAH KEDAYAN