WASHINGTON, 24 Oktober – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan kesediaannya untuk mempertimbangkan pengurangan duti ke atas Brazil, bergantung kepada keadaan.
Trump membuat kenyataan itu kepada wartawan ketika berada dalam pesawat rasmi, sebelum memulakan lawatan lima hari ke Malaysia, Jepun dan Korea Selatan.
Ia merupakan lawatan pertamanya ke rantau Asia serta perjalanan ke luar negara yang tempoh yang lama sejak beliau kembali ke White House pada Januari.
Ketika ditanya sama ada beliau akan bertemu Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva, yang turut menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur, Malaysia, Trump berkata pertemuan itu berkemungkinan akan diadakan.
Lula sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk membincangkan pelbagai isu, sekiranya pertemuan itu berlangsung, termasuk duti ke atas eksport Brazil dan ketegangan dengan Venezuela.- REUTERS