fb fb fb fb fb

Trump puas hati siasatan cubaan bunuh

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump/Foto AFP

WASHINGTON, 13 Julai - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata "kesilapan telah berlaku" namun beliau berpuas hati dengan siasatan terhadap cubaan pembunuhan terhadap dirinya yang berlaku setahun lalu.

Trump menyifatkan hari kejadian tersebut sebagai hari yang sukar bagi pasukan keselamatan elit yang mengawal beliau.

Beliau membuat kenyataan itu dalam rancangan "My View with Lara Trump" di saluran Fox News yang disiarkan pada Sabtu.

“Ia satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan. Saya tidak tahu apa yang sedang berlaku. Saya kena tembak, itu jelas. Nasib baik saya dapat rebah dengan cepat. Orang ramai menjerit-jerit.” katanya sambil mengimbas detik cemas itu. -AFP

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN