fb fb fb fb fb

Trump lanjutkan tarikh akhir TikTok 90 hari lagi, cari pembeli bukan China

Trump melanjutkan tarikh akhir selama 90 hari lagi untuk aplikasi popular TikTok / Foto REUTERS

Washington, 18 Jun 2025 - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, akan melanjutkan tarikh akhir selama 90 hari lagi untuk aplikasi popular TikTok, sebelum larangan operasi berkuat kuasa.

Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt, memaklumkan bahawa perlanjutan itu bertujuan memberi lebih masa untuk mencari pembeli baharu selain dari China.

"Presiden Trump akan menandatangani satu lagi Perintah Eksekutif tambahan minggu ini bagi memastikan TikTok terus beroperasi.

"Seperti yang beliau nyatakan berkali-kali, Presiden Trump tidak mahu TikTok ditutup," katanya menerusi kenyataan.

Langkah tersebut memberi ruang tambahan kepada rundingan antara TikTok dengan syarikat berpotensi dari AS atau negara lain yang bukan berpangkalan di China.-AFP

SITI AISHA MELISA YUHANIZ