fb fb fb fb fb

Trump kenakan tarif 50% ke atas produk Brazil

Donald Trump/ Foto REUTERS

BRAZIL, 11 Julai -Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, akan mengenakan tarif sebanyak 50 peratus ke atas semua produk dari Brazil, berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Langkah itu dijangka memberi kesan besar terhadap sektor pertanian Brazil yang merupakan antara peneraju utama di rantau Amerika Selatan.

Ketika ini, AS merupakan pasaran eksport kedua terbesar bagi Brazil selepas China.

Minyak mentah kekal sebagai eksport utama negara itu ke AS, namun pasaran berkenaan turut menerima pelbagai produk pembuatan Brazil termasuk pesawat dan jentera berat.

Tindakan tersebut sekali gus mencetus kebimbangan dalam kalangan pengeksport Brazil terhadap kemungkinan kerugian besar susulan kadar tarif yang tinggi.- REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM