fb fb fb fb fb

Trump desak batal bicara kes rasuah Netanyahu

Donald Trump./AFP

WASHINGTON, 26 Jun - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang sebelum ini 'berbakul' memarahi Israel gara-gara mahu meneruskan serangan terhadap Iran walaupun gencatan senjata telah diumum, hari ini...berubah nada.

Menerusi coretan panjang lebar di Truth Social, Trump menawarkan sokongan dan memberikan pandangannya mengenai perbicaraan rasuah jangka panjang dihadapi sekutunya, Presiden Israel, Benjamin Netanyahu dibatalkan.

"Hentikan perbicaraan serta mereta dan beri satu pengampunan kepada seorang 'wira besar' yang telah melakukan begitu banyak untuk Israel.

"Bibi (panggilan kepada Netanyahu) dan saya baru sahaja melaluinya (bicara mahkamah) bersama," kata Trump.

Tulis Trump lagi, Amerika Syarikat telah menyelamatkan Israel dan sekarang tugas untuk menyelamatkan Bibi pula.

Perbicaraan Netanyahu yang bermula Mei 202 beberapa kali ditangguhkan berikutan perang di Gaza dan konflik di Lebanon.

Dalam kes pertama, Netanyahu dan isterinya, Sara, dituduh menerima suapan lebih AS$260,000 barangan mewah seperti cerut, barang kemas dan minuman keras sebagai balasan layanan politik.

Pemimpin itu juga berdepan dua tuduhan lain melibatkan peranannya dalam rundingan dengan dua saluran media Israel untuk liputan positif mengenainya.

Kesemua dakwaan tersebut dinafikan Netanyahu. - AFP

KHAIRUL AMRI BIN YASIN