fb fb fb fb fb

Trump ancam kenakan tarif ke atas iPhone

Foto AFP

WASHINGTON, 23 Mei – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada Jumaat mengancam akan mengenakan tarif sebanyak 25% ke atas Apple sekiranya iPhone yang dijual di negara itu tidak dihasilkan di Amerika Syarikat.

Dalam satu hantaran di platform Truth Social, Trump memberitahu hasrat itu telah lama dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook, agar semua iPhone yang dijual di Amerika Syarikat perlu dihasilkan dalam negara.

"Jika iPhone yang dijual di Amerika Syarikat dikilangkan di tempat lain, Apple mesti membayar tarif sekurang-kurangnya 25% kepada Amerika Syarikat," tulis Trump.

Kenyataan itu mencerminkan pendirian Trump berkaitan tarif yang dilihat tidak pilih bulu.

Sebelum ini beliau turut mengumumkan pelaksanaan tarif besar-besaran terhadap rakan dagang utama Amerika yang telah menggugat pasaran global dan menjejaskan perdagangan antarabangsa. - AFP

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN