WASHINGTON, 23 Mei- Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengancam untuk mengenakan tarif 50 peratus ke atas barangan import dari Kesatuan Eropah (EU), bermula 1 Jun depan.
Trump menerusi media sosialnya menegaskan rundingan dengan EU tidak menemukan jalan penyelesaian.
Trump turut mendakwa blok dianggotai 27 negara anggota itu melengah-lengahkan perbincangan berkaitan perdagangan.
Dilaporkan, niaga hadapan saham di Wall Street jatuh selepas pengumuman Trump mengenai perkara tersebut.
Sekiranya cukai baharu itu dikuatkuasakan, ia akan meningkatkan cukai asas sebanyak 10 peratus yang dikenakan ke atas barangan import dari EU.
Sekali gus meningkatkan ketegangan antara kuasa ekonomi terbesar dunia dengan blok perdagangan terbesar di dunia. -AFP