fb fb fb fb fb

Ekonomi Jerman catat pertumbuhan tidak dijangka, 0.4 peratus pada suku pertama

Industri automobil Jerman / AFP

BERLIN, 23 Mei (Bernama-dpa)- Ekonomi Jerman yang sebelum ini perlahan mencatat pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 0.4 peratus pada suku pertama 2025 berbanding suku sebelumnya, menurut Pejabat Perangkaan Persekutuan pada Jumaat.

Angka ini adalah dua kali ganda daripada anggaran awal pertumbuhan sebanyak 0.2 peratus.

Peningkatan eksport dan perbelanjaan pengguna yang lebih kukuh membantu merangsang KDNK dalam tempoh itu.

Ruth Brand, Presiden Pejabat Perangkaan Persekutuan menyatakan bahawa "perkembangan ekonomi yang sangat baik pada Mac" menjadi pemacu utama di sebalik angka pertumbuhan yang lebih tinggi itu.

Beliau berkata pengeluaran dalam sektor pembuatan dan eksport, terutamanya kereta dan produk farmaseutikal, menunjukkan prestasi lebih baik daripada jangkaan kerana pengeluar cuba mendahului pelaksanaan tarif Amerika Syarikat.- BERNAMA-dpa

MOHAMAD KHAIRIE KHALID