BEIJING, 23 Mei- Beijing menyelar tindakan Amerika Syarikat (AS) yang membatalkan keupayaan Universiti Harvard untuk menerima pelajar antarabangsa.
Ini terutama ketika kebanyakkan mereka merupakan pelajar dari China.
Perkara itu ditegaskan jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning.
"Pihak China secara konsisten menentang tindakan mempolitikkan kerjasama dalam bidang pendidikan.
"Tindakan dilakukan AS hanya akan menjejaskan imej dan kedudukan Amerika di peringkat antarabangsa," kata Ning dalam sidang media.
Terdahulu dilaporkan pentadbiran Presiden AS, Donald Trump membatalkan keupayaan Universiti Harvard menerima pelajar antarabangsa.
Berita mengenainya dimaklumkan Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri AS, Kristi Noem.
Beliau dilaporkan berkata pentadbiran Trump bertindak demikian kerana Harvard didakwa memupuk keganasan, antisemitisme serta bersekongkol dengan Parti Komunis China di kampusnya. -AFP