SKOPJE, 23 Mei- Dua kes pertama Mpox dilaporkan buat pertama kali di North Macedonia.
Kedua-dua pesakit tersebut berasal dari ibu kota Skopje.
Berdasarkan kenyataan, mereka juga tidak pernah berkunjung ke luar negara.
"Dua lelaki yang dilahirkan pada 1985 dan 1981 dijangkiti cacar monyet. Mereka bukan kes yang mempunyai kaitan," kata Pengarah Institut Kesihatan Awam, Marija Andonovska dalam sidang media.
Menurut institut berkenaan, kes Mpox itu disahkan selepas ujian dilakukan di tiga makmal berbeza.
Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Jovica Andovski berkata Mpox bukannya penyakit baharu dan terdapat protokol untuk merawatnya.
Pertemuan bersama pihak berkaitan akan dilakukan bagi membincangkan langkah selanjutnya. -AFP