fb fb fb fb fb

Trak seludup migran terbalik, 14 maut

(Pasukan penyelamat berusaha mengeluarkan mayat mangsa yang
terperangkap di dalam sebuah trak/  REUTERS)

PESQUERA, 9 Februari- Sekurang-kurangnya 14 orang maut dalam satu insiden kemalangan membabitkan sebuah trak pikap yang terbalik dan tenggelam dalam terusan di utara Mexico.

Pihak berkuasa tempatan dilaporkan sudah menemui kesemua mayat yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Pejabat Pertahanan Awam di Nuevo Leon berkata, identiti lima mayat sudah dikenal pasti susulan penemuan kad pengenalan serta pasport Guatemala.

Pejabat itu turut berkata, 10 mayat lelaki, tiga wanita dan seorang kanak-kanak ditemui pada Selasa.

Beberapa mayat ditemui dalam kenderaan yang tenggelam dan sebahagian lain di dalam air.


(FOTO REUTERS)

Namun sehingga kini punca kemalangan masih belum dikenal pasti.

Pendatang dari Amerika Tengah kerap melakukan perjalanan melalui kawasan itu untuk sampai ke sempadan Texas.

Kemalangan itu didakwa melibatkan kenderaan yang dipandu oleh penyeludup migran dan ia bukanlah sesuatu yang luar biasa di Mexico.- REUTERS

Media Baharu