fb fb fb fb fb

Tragedi tanah runtuh di China, 19 orang terperangkap

Foto AFP

BEIJING, 22 Mei- Sekurang-kurangnya 19 orang terperangkap akibat dua kejadian tanah runtuh yang berlaku di daerah Dafang, wilayah Guizhou, barat daya China, pada Khamis.

Menurut laporan media tempatan, kejadian pertama berlaku kira-kira pukul 3.00 pagi dan satu lagi pada pukul 9.00 pagi waktu tempatan.

Rakaman udara oleh penyiar negeri, CCTV memaparkan sebuah kampung yang ditenggelami tanah, menutupi ladang pertanian dan memenuhi kawasan kaki gunung.

Kementerian Pengurusan Kecemasan China mengarahkan pasukan penyelamat agar melakukan segala usaha bagi mencari dan menyelamatkan mangsa yang hilang.

Pihak berkuasa giat menangani situasi bencana itu, di tengah-tengah cabaran topografi yang sukar di kawasan tersebut.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM