fb fb fb fb fb

Tragedi bot pendatang 2021: Lima anggota keselamatan Perancis didakwa

(Penghormatan kepada 27 pendatang yang maut  akibat karam di Selat Inggeris tahun lalu,
di Dunkirk/REUTERS)

PARIS, 26 Mei- Pendakwa raya Perancis mendakwa lima anggota keselamatan kerana gagal membantu berpuluh-puluh penumpang bot pendatang yang karam ketika menyeberangi Selat Inggeris ke Britain pada 2021, kata sumber kehakiman.

Bot kecil itu karam pada November 2021 menyebabkan 27 pendatang terkorban, terutamanya warga Kurdish Iraq berumur tujuh hingga 46 tahun.

Beberapa sumber yang rapat dengan kes itu berkata sebelum ini pihak berkuasa telah menahan sembilan orang, termasuk beberapa anggota keselamatan yang ditempatkan sebagai pengawal pantai di utara Perancis, dalam siasatan tragedi itu.

Lima daripadanya didakwa selepas beberapa jam disoal siasat termasuk tiga wanita dan dua lelaki yang bertugas di Pusat Menyelamat Selat Inggeris pada masa itu.

"Mereka didakwa gagal membantu orang dalam bahaya," kata sumber kehakiman.

Kelima-lima mereka bagaimanapun kekal bebas dan sangat luar biasa bagi anggota pasukan keselamatan Perancis yang sedangh berkhidmat, tertakluk pada sebarang jenis kawalan kehakiman. -AFP

(Tragedi bot pendatang 2021, lima anggota keselamatan Perancis didakwa/Fail AFP)

Media Baharu