fb fb fb fb fb

Tinjauan: Dunia kecam serangan AS ke atas Iran, desak gencatan senjata

Foto AFP

BEIJING, 24 Jun- Tinjauan global yang dijalankan oleh China Global Television Network (CGTN) mendapati bahawa majoriti responden antarabangsa mengecam serangan udara Amerika Syarikat ke atas kemudahan nuklear Iran, kerana menyebabkan bencana yang berterusan di Asia Barat.

Menerusi tinjauan yang disertai oleh 10,472 responden dalam tempoh 12 jam, CGTN mendapati 91 peratus respoden percaya tindakan AS menyemarakkan konflik Iran-Israel dan membawanya ke tahap yang sukar dikawal.

Sebanyak 90 peratus respon berpendapat serangan ke atas fasiliti nuklear Iran melanggar Piagam Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa, mencabul kedaulatan serta keselamatan dan integriti wilayah Iran.

Selain itu, 90 peratus responden mengkritik tindakan ketenteraan Israel kerana ketegangan serantau yang semakin meningkat dengan cepat. Sementara itu, 84 peratus responden mengutuk Israel kerana memburukkan lagi krisis kemanusiaan di Asia Barat.

Komuniti antarabangsa secara meluas menjangkakan langkah berkesan untuk mencegah peningkatan konflik dan mengelakkan kekacauan serantau yang lebih meluas dengan harapan Israel dan Iran akan kembali ke landasan penyelesaian politik.

Tinjauan itu turut mendapati seramai 85 peratus responden mahu komuniti antarabangsa segera menghalang dan seterusnya menghentikan konflik serta memberi keutamaan kepada gencatan senjata.

Manakala, 77 peratus responden percaya konflik Asia Barat tidak boleh diselesaikan dengan tindakan ketenteraan. Responden menekankan bahawa penyelesaian politik dan dialog adalah jalan keluar melibatkan isu Iran dan konflik Israel-Palestin.

Selain, 91 peratus responden menyeru kuasa-kuasa besar dunia supaya memainkan peranan aktif mempromosikan gencatan senjata di Asia Barat dan tidak membiarkan konflik terus berterusan tanpa kawalan.

Tinjauan ini telah disiarkan menerusi saluran Bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia oleh CGTN.-REUTERS

ROSLINA BINTI DIN