fb fb fb fb fb

Gempa bumi 6.3 magnitud gegar selatan Filipina, tiada ancaman tsunami

Foto Jabatan Meteorologi Malaysia

MANILA, 24 Jun – Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan kawasan selatan Filipina pada Selasa. Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan setakat ini.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa itu berlaku pada kedudukan kira-kira 374 kilometer di timur pulau Davao,

Tiada laporan awal mengenai kemalangan jiwa kerosakan harta benda.

Sementara itu, Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina pula merekodkan gempa tersebut berukuran 6.4 magnitud dan mengesahkan bahawa tiada risiko tsunami.

Filipina terletak dalam kawasan yang dikenali sebagai "Lingkaran Api Pasifik" (Pacific Ring of Fire), iaitu zon aktiviti seismik dan gunung berapi yang aktif yang menjangkau dari Jepun ke Asia Tenggara dan merentasi Lautan Pasifik.

Negara itu sering mengalami gempa bumi, namun kebanyakannya berskala kecil dan tidak dirasai.

Kali terakhir Filipina dilanda gempa kuat pada Julai 2022, apabila gegaran berukuran magnitud 7 menggegarkan wilayah Abra di utara negara itu, mengakibatkan sekurang-kurangnya 11 orang maut dan lebih 600 cedera, selain mencetuskan tanah runtuh dan retakan tanah.-AFP

ROSLINA BINTI DIN