fb fb fb fb fb

Timur Tokyo dilanda gempa, tiada amaran tsunami

FOTO Agensi Meteorologi Jepun

TOKYO, 21 Mac- Tokyo dilanda gempa bumi berukuran 5.3 magnitud pagi tadi namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Agensi Meteorologi Jepun menerusi satu kenyataan memaklumkan, gempa bumi berpusat di selatan Ibaraki, timur Tokyo itu berkedalaman 50 kilometer (30 batu).

Tiada kerosakan harta benda atau kecederaan dilaporkan setakat ini, tetapi perkhidmatan kereta api laju menggantung operasinya membabitkan laluan antara Tokyo dan Koriyama di wilayah Fukushima di timur laut Jepun akibat gangguan bekalan elektrik, lapor NHK.

Hiroyuki Sanada, seorang pegawai di Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Nuklear, berkata 'tiada kelainan' dilaporkan di loji nuklear Tokai Daini di Ibaraki, yang dihentikan untuk pemeriksaan keselamatan.

Jepun mengalami sekitar 1,500 gegaran setiap tahun, menyumbang kira-kira 18 peratus daripada gempa bumi di dunia. Sebahagian besar adalah ringan.

Walaupun garis panduan bangunan yang ketat, banyak struktur, terutamanya di luar bandar utama, adalah lama dan terdedah.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE