fb fb fb fb fb

Tikam peminat bola, tujuh individu dipenjara seumur hidup

(Foto AFP)

ATHENS, 13 Julai- Mahkamah Greece menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada tujuh individu kerana menikam maut seorang peminat bola sepak berusia 19 tahun.

Menurut agensi berita ANA, tujuh daripada 12 tertuduh itu berusia bawah 26 tahun.

"Mereka bersalah kerana membunuh dan dipenjarakan seumur hidup.

"Lima tertuduh lagi dipenjara lebih 19 tahun kerana bersubahat," katanya.

Alkis Kampanos terbunuh di bandar utara Thessaloniki pada Februari tahun lalu semasa pertempuran antara penyokong kelab Aris Thessaloniki dan PAOK.

Ini adalah kematian ketiga akibat keganasan membabitkan peminat bola sepak dalam tempoh tiga tahun di Thessaloniki.

Serangan tersebut turut menyebabkan dua rakan mangsa cedera.

Perbicaraan kes bermula pada Januari, termasuk 47 perbicaraan dan lebih 70 saksi dipanggil untuk kes berkenaan. - AFP


(Foto AFP)

Media Baharu