fb fb fb fb fb

Import makanan laut dihentikan jika Jepun teruskan rancangan

HONG KONG, 12 Julai - Hong Kong akan menghentikan import makanan laut dari 10 wilayah Jepun jika negara itu meneruskan rancangan untuk melepaskan air radioaktif terawat dari loji Fukushima yang ke laut.

Setiausaha Alam Sekitar dan Ekologi Hong Kong, Tse Chin-wan berkata, larangan tersebut termasuk import semua produk akuatik hidup, beku, sejuk, kering atau diawet, garam laut dan rumpai laut yang tidak diproses atau diproses.

Keputusan itu dibuat sehari selepas pemimpin Hong Kong John Lee memaklumkan bahawa bandar itu akan mengharamkan produk laut dari "sebilangan besar" wilayah Jepun jika Tokyo meneruskan pembuangan air sisa.

Hong Kong merupakan pasaran kedua terbesar Jepun, selepas China dalam aktiviti eksport pertanian dan perikanan.

Menurut statistik kerajaan Jepun, da 2022, Jepun mengeksport 75.5 bilion yen produk perikanan ke Hong Kong. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu