fb fb fb fb fb

Tiga wartawan, enam pasukan amal terbunuh di Gaza

Keadaan di utara Gaza/ Reuters

KAHERAH, 16 Mac- Sekurang-kurangnya sembilan rakyat Palestin termasuk tiga wartawan tempatan terbunuh manakala yang lain cedera dalam serangan udara Israel ke atas bandar Beit Lahiya di utara Gaza, menurut kementerian kesihatan tempatan.

Beberapa individu di dalam kereta cedera parah akibat serangan berkenaan kata pegawai kesihatan kepada Reuters.

Menurut saksi dan rakan wartawan individu di dalam kereta tersebut dalam misi untuk sebuah badan amal Yayasan Al-Khair di Beit Lahiya, dan mereka diiringi oleh wartawan dan jurugambar.

Sekurang-kurangnya tiga wartawan tempatan adalah antara yang maut, lapor media Palestin.

Namun tentera Israel menafikan serangan kejam itu dan mendakwa ia berikutan dua individu dalam misi amal berkenaan dikatakan sebagai pengganas yang mengendalikan dron dan menimbulkan ancaman kepada pasukannya di Beit Lahiya.

Tentera rejim Zionis itu turut menyerang beberapa suspek lain yang dikatakan telah mengumpul peralatan dron dan memasuki sebuah kenderaan.

Bagaimanapun tentera rejim Zionis tidak mempunyai bukti kukuh dengan dakwaan tersebut selain tindakannya dilihat sebagai pembunuhan kejam.

Insiden itu membuktikan kerapuhan perjanjian gencatan senjata pada 19 Januari yang menghentikan pertempuran berskala besar di Gaza.

Pegawai kesihatan Palestin berkata berpuluh-puluh individu telah terbunuh akibat tembakan Israel walaupun gencatan senjata.

Pada masa sama Ketua Pejabat Media Gaza Salama Marouf turut menafikan dakwaan tentera Zionis itu.

"Pasukan amal berkenaan terdiri daripada orang awam dan bekerja di kawasan berhampiran tempat perlindungan dalam misi yang ditaja oleh badan amal.

"Mereka tidak berada di kawasan larangan dan ia bukan ancaman kepada tentera di kawasan tersebut," kata Marouf dalam satu kenyataan.- Reuters

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI