fb fb fb fb fb

Tiga terbunuh dalam serangan pemberontak di barat Uganda

FOTO www.africanews.com

KAMPALA, 27 Disember- Uganda mendakwa kumpulan pemberontak Negara Islam membunuh dan menyerang sebuah kampung di barat Uganda, kata jurucakap tenteranya, Felix Kulayigye pada Selasa.

Menurut Kulayigye, serangan tersebut didalangi kumpulan bersenjata Demokratik Bersekutu (ADF) yang menyasarkan serangan di sebuah kampung di Kamwenge pada Isnin dan membunuh seorang warga emas berusia 75 tahun bersama-sama dua orang cucunya.

Tambah Kulayigye, menerusi kenyataan audio yang dihantar kepada pemberita, kumpulan pemberontak itu kemudiannya membakar mayat ketiga-tiga mangsa.

Kulayigye turut berkata pasukan tentera Uganda akan memburu pihak yang terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Pasukan bersenjata ADF sebelum ini mengaku bertanggungjawab melakukan beberapa siri serangan pada 2019.

Lokasi serangan ADF merupakan kawasan tumpuan pelancongan kerana terdapat dua Taman negara terbesar Uganda.

Kerajaan Uganda bimbang sekiranya berlaku serangan baharu oleh ADF, ia bakal menyebabkan gangguan kepada aktiviti pelancongan yang merupakan antara sumber ekonomi penting selain pertanian.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD