SEPANYOL, 12 Julai - Tiga pelari cedera dalam acara perlumbaan larian lembu jantan Festival San Fermin di bandar utara Pamplona.
Mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Setiap tahun ribuan pelancong dari seluruh dunia hadir ke festival yang berlangsung selama seminggu itu, bemula 6 Julai lalu untuk menyaksikan perlumbaan 875 meter itu.
Acara bermula dari 8.00 pagi di mana sekumpulan lembu jantan berlari melalui jalan-jalan berbatu yang sempit di bandar itu dan telah mengorbankan 16 nyawa sejak tahun 1911.- REUTERS
(FOTO REUTERS)