fb fb fb fb fb

SPR Thai syorkan penggantungan calon perdana menteri

(FOTO REUTERS)

BANGKOK, 12 Julai - Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand mengesyorkan Mahkamah Perlembagaan menggantung kerusi parlimen calon perdana menteri, Pita Limjaroenrat atas dakwaan melanggar peraturan kempen pilihan raya.

Pengerusinya, Ittiporn Boonprakong mengesahkan kepada AFP badan itu telah mengesyorkan mahkamah menggantung Pita sebagai ahli parlimen.

Syor dibuat hanya sehari sebelum pengundian parlimen untuk jawatan perdana menteri.

"SPR akan menghantar kes ke Mahkamah Perlembagaan untuk diputuskan," menurut suruhanjaya itu dalam satu kenyataan.

Tidak jelas bila Mahkamah Perlembagaan boleh membuat keputusan, sekiranya ia menerima kes itu.

Bagaimanapun keputusan mahkamah dijangka menimbulkan lebih banyak ketidakpastian mengenai undian parlimen bagi memilih perdana menteri baharu esok.

Bawah peraturan Thailand, Pita masih layak bertanding jawatan perdana menteri walupun digantung sebagai ahli parlimen.

Parti Move Forward (MFP) pimpinan Pita memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya Mei lalu, ketika pengundi menolak parti-parti berkaitan tentera yang telah memerintah selama hampir sedekad. -AFP

(Pita Limjaroenrat/AFP)

 

Media Baharu