fb fb fb fb fb

Syarikat cemar alam sekitar berhadapan denda tanpa had

(Foto hiasan)

LONDON, 12 Julai- Syarikat yang didapati terbabit pencemaran alam sekitar di United Kingdom boleh dikenakan denda tanpa had selepas kerajaan menaikkan denda maksimum yang ketika ini berjumlah £250,000.

Keputusan itu akan membolehkan pengawal selia alam sekitar mengenakan penalti yang besar tanpa perlu melalui pendakwaan jenayah yang panjang.

Pada April lepas Setiausaha Alam Sekitar, Therese Coffey mengumumkan rancangan membenarkan denda tanpa had terhadap syarikat-syarikat yang mencemarkan air dan dasar itu akan diperluas kepada syarikat lain, daripada firma tenaga kepada pengendali sisa.

"Syarikat pencemar mesti sentiasa membayar denda. Kami menghapuskan had denda sivil dan meluaskan skop mereka dengan ketara untuk menyasarkan pelbagai kesalahan yang lebih luas. Daripada pelanggaran permit limpahan ribut kepada pelupusan sisa berbahaya secara melulu," tegas Coffey dalam satu kenyataan.

"Ia berdasarkan tindakan yang diambil kerajaan untuk membela alam sekitar kita -- menangani pencemaran, melindungi ekosistem yang halus dan meningkatkan kualiti alam semula jadi," tambahnya.

Kuasa baharu itu akan mula dilaksanakan selepas selepas kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara meluluskan pindaan kepada perundangan peraturan alam sekitar. -AFP

(Setiausaha Alam Sekitar, Therese Coffey/wikipedia)

Media Baharu