fb fb fb fb fb

Tiga orang diselamatkan selepas bot diserang jerung

AUSTRALIA, 6 September - Tiga lelaki berjaya diselamatkan selepas bot mereka diserang jerung dan menyebabkan karam di Laut Karang.

Mereka merupakan dua warga Rusia dan seorang warga Perancis.

Rakaman dari Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) menunjukkan bot itu telah dinaiki air ketika usaha menyelamat.

Menurut AMSA, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada tiga kelasi itu, yang terletak kira-kira 835 kilometer (518 batu) tenggara Cairns di Laut Karang.

Mangsa meminta bantuan daripada kapal pengangkut kenderaan dan kapal itu terus mengubah laluan untuk memberi pertolongan kepada bot malang itu.

Bot tersebut bergerak dari Vanuatu dan menuju ke Cairns apabila kedua-dua badan kapal itu rosak "berikut beberapa serangan jerung", kata AMSA dalam satu kenyataan.

Mereka yang diselamatkan dijangka tiba di Brisbane pagi Khamis. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu