fb fb fb fb fb

Tiga maut pesawat ringan terhempas di Michigan

Kepulan asap tebal di lokasi kejadian sejurus selepas nahas berlaku / REUTERS

MICHIGAN, 17 Oktober - Sekurang-kurangnya tiga maut selepas sebuah pesawat ringan terhempas di Bath Township, Michigan pada Khamis.

Rakaman video oleh orang awam menunjukkan kepulan asap tebal di lokasi kejadian sejurus selepas nahas berlaku.

Reuters mengesahkan ketulenan rakaman tersebut berdasarkan data asal fail video.

Menurut laporan media tempatan, kejadian itu berlaku kira-kira 24 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Capital Region.

Pihak Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca nahas.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE