fb fb fb fb fb

Tiga maut dalam kes tembakan bermotif kebencian kaum di Florida

(FOTO HIASAN/ REUTERS)

WASHINGTON, 27 Ogos – Seorang lelaki bersenjata menembak dan membunuh tiga orang 'kulit hitam' di Jacksonville, Florida pada Sabtu sebelum dia melepaskan tembakan ke arah dirinya sendiri, kata pihak berkuasa.

Sheriff, TK Waters memaklumkan kejadian berlaku di dalam kedai diskaun Dollar General dan insiden bermotifkan kebencian kaum.

Penembak itu merupakan seorang lelaki kulit putih berusia awal 20-an, dilengkapi dengan jaket taktikal dan bersenjatakan senapang gaya AR dan pistol.

β€œDia menyasarkan sekumpulan orang tertentu iaitu orang kulit hitam. Itu yang dia beritahu dia nak bunuh. Dan itu sangat jelas,” kata sheriff, sambil menambah terdapat dua mangsa lelaki dan seorang mangsa wanita.


(Sheriff, TK Waters ketika sidang media mengenai insiden tembakan itu/ FB Jacksonville Sheriff's Office)

Manifesto yang ditemui oleh keluarga lelaki bersenjata sejurus sebelum serangan "memperincikan ideologi kebencian yang menjijikkan penembak," kata Waters pada sidang akhbar.

FBI akan menyiasat penembakan itu sebagai jenayah kebencian, kata ejen khas biro untuk Jacksonville, Sherri Onks.

Tembakan itu adalah yang terbaru dalam siri keganasan senjata api hujung minggu ini di Amerika Syarikat, berikutan ledakan maut di Boston, Chicago dan Oklahoma.- AFP

Media Baharu