LOS ANGELES, 6 Mei- Tiga orang maut dan sembilan lagi hilang termasuk dua kanak-kanak selepas sebuah bot kecil karam di pesisir pantai California, Amerika Syarikat (AS), kata pihak berkuasa pada Isnin.
Jurucakap Pasukan Penjaga Pantai AS, Hunter Schnabel berkata pihaknya menerima laporan mengenai bot berkenaan berhampiran Del Mar, utara San Diego pada pukul 6.30 pagi waktu tempatan.
Sebuah bot dan helikopter dihantar ke lokasi kejadian, dengan empat mangsa diselamatkan dan dibawa ke hospital.
"Tiga lagi ditemukan, namun disahkan meninggal dunia," kata Schnabel.
Asal usul dan tujuan bot "panga" itu berada perairan berkenaan masih dalam siasatan.
Tambah beliau, beberapa penumpang bot disyaki berbangsa India.
Bot panga adalah perahu kecil yang biasanya digunakan untuk menangkap ikan tetapi juga digunakan oleh individu yang melintasi sempadan laut dari Mexico ke Amerika Syarikat. -AFP