KIEV, 25 Mei- Sekurang-kurangnya tiga individu maut di kawasan sekitar ibu negara Ukraine, Kiev serta mencederakan 11 yang lain di beberapa bandar lain.
Menurut pegawai tempatan penduduk Kiev dilihat ke stesen metro bawah tanah untuk mendapatkan perlindungan, ia susulan serangan udara pasukan tentera Rusia.
Kebanyakan mereka membawa kerusi, selimut dan beg tidur untuk berlindung daripada serangan yang berlaku di atas permukaan tanah.
Ketua Pentadbiran Tentera Kiev, Timur Tkachenko, memaklumkan bahawa 11 individu yang cedera akibat serangan dron yang menyasarkan bandar tersebut.
Salah satu serangan mengenai bangunan pangsapuri lima tingkat di daerah Holosiivskyi, berhampiran pusat bandar, sekali gus mencetuskan kebakaran yang merosakkan bahagian luar bangunan tersebut.
Serangan kedua berturut-turut itu turut menjejaskan kediaman persendirian dan pusat pernigaan Ukraine.
Serangan turut dilaporkan di beberapa pusat wilayah lain, termasuk Kharkiv, Mykolaiv di selatan, serta Ternopil di bahagian barat negara itu.- REUTERS