HUNGARY, 25 Mei- Pegawai kanan Parti Komunis China (PKC), Chen Wenqing, mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban, pada Jumaat dalam lawatan rasmi ke Budapest.
Kedua-dua pihak berjanji untuk memperkukuh kerjasama dalam aspek kedaulatan negara, penguatkuasaan undang-undang, serta Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).
Chen, yang juga Ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC dan Ketua Suruhanjaya Hal Ehwal Politik dan Perundangan PKC, menyatakan bahawa hubungan antara China dan Hungary telah ditingkatkan ke tahap perkongsian strategik komprehensif era baharu.
Menurut beliau, hubungan dua hala kini berada pada tahap terbaik dalam sejarah, dengan prospek lebih luas.
Chen menegaskan bahawa China menyokong penuh Hungary dalam memilih laluan pembangunan sesuai dengan keadaan nasional, selain menyokong usaha negara itu untuk mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara serta menolak campur tangan kuasa luar.
China juga bersedia mewujudkan kerjasama untuk memperkukuh kepercayaan politik peringkat tinggi, memperluas pertukaran serta kerjasama dalam bidang seperti ekonomi dan perdagangan, keselamatan.
Selain itu memastikan persekitaran perniagaan stabil dan keselamatan bagi rakyat kedua-dua negara.
Dalam usaha ini, kedua-dua negara akan terus memainkan peranan serta memperkukuh kerjasama antara China dengan negara-negara Eropah Tengah dan Timur, seterusnya menyumbang kepada pembangunan jangka panjang dan stabil dalam hubungan China-Eropah.
Perdana Menteri Hungary Viktor Orban menyifatkan lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Hungary pada Mei lalu meletakkan asas kukuh untuk pembangunan mendalam hubungan dua hala dan kerjasama pelbagai bidang.
Beliau menegaskan komitmen Hungary-China dalam bidang ekonomi dan perdagangan, keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang, serta mempertahankan kepentingan bersama kedua-dua negara.
Sepanjang lawatannya, Chen turut mengadakan pertemuan berasingan dengan Menteri Dalam Negeri Hungary, Sandor Pinter, dan Setiausaha Negara Pejabat Perdana Menteri, Ors Farkas.- REUTERS