fb fb fb fb fb

Tiga letupan kuat gegar Gaza

Cahaya letupan kelihatan di bandar Gaza/ Foto REUTERS

GAZA, 20 Julai - Sekurang-kurangnya tiga letupan kuat kedengaran dan cahaya letupan turut kelihatan di Gaza pada awal pagi ini.

Menurut laporan Agensi berita Reuters letupan pertama berlaku pada pukul 3:07 pagi waktu tempatan, disusuli letupan kedua kira-kira dua minit kemudian.

Letupan ketiga pula berlaku 15 minit selepas itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Israel dan Hamas kini dalam fasa rundingan tidak langsung di Doha bagi mencapai cadangan gencatan senjata selama 60 hari dengan Mesir dan Qatar menjadi perantara rundingan tersebut.

Namun, setakat ini masih belum terdapat sebarang petanda kemajuan yang signifikan. -REUTERS

NIZAMIAH ASIQIN MOHD ZUKNI