fb fb fb fb fb

Tiga lagi maut di wilayah Kiev

Anggota bomba memadamkan kebakaran di sebuah pangsapuri akibat serangan dron Rusia/ Reuters

KIEV, 24 Januari- Serangan dron Rusia ke atas Ukraine pada Jumaat, membunuh tiga orang awam serta merosakkan bangunan kediaman dan komersial, kata pegawai.

Kementerian dalam negeri berkata serpihan dron berkenaan menyebabkan dua lelaki dan seorang wanita terbunuh manakala seorang lagi cedera di wilayah tengah Kiev.

Serangan itu merosakkan sebuah bangunan pangsapuri kediaman bertingkat, lapan rumah persendirian, bangunan komersial dan beberapa kereta persendirian, lapor pegawai wilayah Kiev.

Rusia telah meningkatkan serangan udara ke atas Ukraine serta menghantar berpuluh-puluh dron hampir setiap malam ketika perang kedua-duanya menghampiri tempoh tiga tahun.

Pegawai Ukraine berkata bahawa tentera Rusia melancarkan lebih daripada 7,000 dron pada 2024. Angka berkenaan adalah dua kali lebih banyak berbanding pada 2023.

Bagaimanapun kebanyakan dron berkenaan ditembak jatuh tetapi masih banyak mencapai sasaran mereka. Namun Moscow menafikan menyasarkan orang awam.- Reuters

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI