GAZA, 15 Julai – Sekurang-kurangnya tiga kanak-kanak dilaporkan terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam satu serangan udara tentera Israel ke atas sebuah khemah penempatan pelarian di kawasan Al-Rimal, pada Isnin.
Rakaman dari lokasi kejadian menunjukkan orang ramai bergegas menyelamatkan mangsa.
Israel sasar serangan ke khemah pelarian - Viory
Bagaimanapun sehingga kini tentera Israel belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden berkenaan.
Terdahulu, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengesahkan pihaknya menjalankan operasi terhadap "sasaran baharu" di Gaza.
Serangan berterusan Israel di Gaza sehingga kini telah mengorbankan 58,386 rakyat Palestin dan 139,007 orang lagi cedera. - VIORY