fb fb fb fb fb

Empat juruterbang terbunuh, jet tentera Korea Selatan bertembung

(FOTO FAIL REUTERS)

SEOUL, 1 April- Dua jet pejuang tentera udara Korea Selatan bertembung di udara dan terhempas, membunuh empat juruterbang termasuk seorang juruterbang yang pada awalnya dilaporkan, hilang.

Pihak berkuasa tentera memaklumkan, jet KT-1 yang dalam latihan terhempas berhampiran bandar Sacheon, kira-kira 300 kilometer ke selatan ibu negara Seoul.  

“Dua buah jet latihan KT-1 di Pangkalan Udara Sacheon berlanggar di udara semasa juruterbang menjalani latihan dan terhempas," kata kementerian pertahanan menerusi satu kenyataan.

 Ke semua empat juruterbang dilaporkan terbunuh dalam insiden berkenaan, jelas kenyataan itu.

Pihak tentera akan “menyiasat keadaan kerosakan dan mengenal pasti punca kemalangan."

Lebih 30 anggota bomba dan pasukan respon kecemasan telah dihantar ke lokasi nahas, lapor agensi berita Yonhap.

Nahas pada Jumaat adalah kemalangan terbaharu melibatkan jet pejuang tentera udara Korea Selatan tahun ini.

Januari lalu, seorang juruterbang tentera udara terbunuh dalam nahas melibatkan jet F-5 apabila juruterbang yang mengemudi bersendirian gagal menggunakan kerusi anjal untuk keluar.

Kemalangan itu berlaku selepas Korea Selatan menghentikan penggunaan keseluruhan jet pejuang F-35, setelah pihak tentera mendapati ada masalah amat serius pada sistem pesawat tersebut. -AFP

Media Baharu