fb fb fb fb fb

Operasi carilamat pesawat yang terhempas milik China Eastern Airlines berakhir

BEIJING, 2 April- Operasi mencari bangkai pesawat Boeing 737-800 milik China Eastern Airlines yang terhempas minggu lalu, kini selesai.

Lebih 49,000 serpihan ditemui dalam operasi pencarian tersebut.

Pegawai kerajaan Guangxi mengesahkan lebih 22,000 meter padu tanah digali bagi pencarian pesawat MU5735 itu.

Menurut Pengarah Keselamatan Penerbangan bagi Pentadbiran Penerbangan Awam China, bahagian penting termasuk enjin, alat penstabil dan sisa hujung sayap kanan pesawat berjaya ditemui selepas hampir 10 hari pencarian dilakukan.

Siasatan mengenai punca nahas berdepan beberapa cabaran, antaranya kegagalan pusat kawalan udara mendapat maklum balas daripada juruterbang, serpihan pesawat yang terlalu kecil dan tanah berlumpur akibat hujan.


(Foto Fail/REUTERS)

Dua kotak hitam mengandungi data rakaman penerbangan dan rakaman suara kokpit sudah dihantar ke Beijing bagi tujuan analisis dan pemeriksaan.

Media Baharu