fb fb fb fb fb

Angkara krisis ekonomi, rakyat Sri Lanka protes di kediaman peribadi Gotabaya

COLOMBO, 2 April- Sri Lanka mengenakan perintah berkurung di ibu negara Colombo selepas penunjuk perasaan cuba menyerbu kediaman peribadi Presiden, Gotabaya Rajapaksa.

Beratus-ratus orang berkumpul berhampiran kediaman Rajapaksa bagi membantah krisis ekonomi negara yang turut mengakibatkan bekalan elektrik diputuskan selama 13 jam.

Ketua Polis Negara, C.D. Wickramaratne dalam kenyataan berkata perintah berkurung akan berlangsung sehingga satu tarikh yang akan diberitahu melibatkan beberapa kawasan di Colombo.

"Polis melepaskan gas pemedih mata kepada penunjuk perasaan yang melaungkan slogan "Go home Gota!" dan "Gota ialah seorang diktator"," lapor AFP.


(Penunjuk perasaan melakukan rusuhan di kediaman peribadi Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa/AFP)

Penunjuk perasaan mendakwa amalan tidak wajar pentadbiran Rajapaksa menyebabkan rizab pertukaran asing negara itu susut dengan cepat, memberi kesan teruk kepada import penting dan menyebabkan kenaikan harga makanan ruji serta kekurangan barangan keperluan seperti gas memasak dan bahan api.

Meskipun kerajaan mengisytiharkan darurat untuk membendung harga barang keperluan yang melambung tinggi akibat penimbunan stok, sebahagian besar langkah itu tidak berjaya.

Media Baharu