fb fb fb fb fb

Rusia rombak pasukan, rancang semula operasi tentera di kawasan Donbass dan Lugansk

KIEV, 2 April- Rusia akan merombak semula beberapa pasukannya di sekitar ibu kota Ukraine, Kiev untuk dihantar ke wilayah timur Donbass.

Ini susulan tentangan habis-habisan tentera Ukraine di wilayah itu.

Perkara itu dimaklumkan jurucakap Pentagon, John Kirby.

Beliau turut memberitahu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin memutuskan untuk menetapkan Divisyen Udara ke-82 di Eropah buat masa ini bersama kapal induk kumpulan penyerang di perairan Mediterranean.

"Rusia memindahkan kira-kira 20% daripada tenteranya di sekitar Kiev selepas gagal menakluki bandar itu. Rusia juga mempunyai perancangan untuk mengutamakan semula operasinya di kawasan Donbass dan Lugansk," kata kenyataan oleh AFP.


(Jurucakap Pentagon, John Kirby/AFP)

Sementara itu, ketua kanan ketenteraan Rusia, Sergei Rudskoi berkata fasa pertama kempen ketenteraan di Ukraine sudah berakhir.

Pasukan itu kini akan memberi tumpuan kepada matlamat utama mereka iaitu pembebasan Donbass.

Wilayah Donbass sudah menjadi rebutan sejak lapan tahun lalu dan pasukan tentera Ukraine sangat aktif di kawasan itu.-AFP

Media Baharu