fb fb fb fb fb

82 maut dalam pertempuran tiga hari antara kumpulan Syiah & Sunni Pakistan

FOTO AFP

PESHAWAR, 24 November- Pertempuran selama tiga hari antara kumpulan Syiah dan Sunni di barat laut Pakistan telah mengorbankan sekurang-kurangnya 82 orang dan mencederakan 156 lagi, kata seorang pegawai tempatan pada Ahad.

“Daripada jumlah yang maut, 16 adalah daripada komuniti Sunni, manakala 66 lagi Syiah,” kata seorang pegawai pentadbiran tempatan di daerah Kurram, wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

Pakistan adalah negara majoriti Sunni, tetapi daerah Kurram yang bersempadan dengan Afghanistan, mempunyai populasi besar komuniti Syiah dan kedua-dua komuniti itu telah bertelagah selama beberapa dekad.

Gelombang keganasan terbaru bermula pada Khamis apabila konvoi kumpulan Syiah yang bergerak  bawah kawalan polis diserang hendap, menyebabkan sekurang-kurangnya 43 maut dan mencetuskan pertempuran bersenjata selama dua hari.

“Keutamaan kami hari ini adalah untuk mendamaikan kedua-dua pihak. Setelah gencatan senjata dicapai, barulah kami boleh menangani isu-isu mendalam yang menyebabkan konflik ini,” kata Menteri Undang-Undang Wilayah, Aftab Alam Afridi, pada Ahad.- AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE