fb fb fb fb fb

Tiga hari hilang, pendaki India berjaya diselamatkan

(Anurag Maloo, pendaki India yang berjaya diselamatkan selepas tiga hari hilang)

KATHMANDU, 20 April- Seorang pendaki India diselamatkan dari salah satu gunung paling berbahaya di dunia di Nepal, tiga hari selepas dia dilapurkan hilang.

Anurag Maloo, 34, dikatakan sedang turun dari kem di Annapurna pada hari Isnin apabila dia jatuh ke dalam celah cerun dalam pada ketinggian sekitar 5,600 meter.

Chhang Dawa Sherpa dari Seven Summit Treks memberitahu AFP bahawa Maloo telah jatuh 300 meter ke dalam celah cerun di atas gunung setinggi 8,091 meter (26,545 kaki) dan telah diangkat keluar oleh sepasukan lapan orang.

"Keadaannya kini kritikal dan telah dihantar ke hospital Pokhara untuk rawatan," tambahnya.

Annapurna, gunung kesepuluh tertinggi di dunia, terdedah kepada runtuhan salji, dikenali sebagai antara gunung yang sukar didaki secara teknikal dan mempunyai kadar kematian yang lebih tinggi daripada Everest.

Pada Isnin, pendaki terkenal Ireland Utara Noel Hanna, 56, meninggal dunia di Kem 4 selepas berjaya mendaki puncak.

Sehari kemudian, pendaki India Baljeet Kaur, 28, dan rakan senegara Arjun Vajpai, 30, kedua-duanya diselamatkan selepas pencarian selama berjam-jam.

Nepal mempunyai lapan daripada 10 puncak tertinggi di dunia dan menjadi tarikan ratusan pengembara setiap musim pendakian musim bunga, apabila suhu panas dan angin biasanya tenang.

Kerajaan telah mengeluarkan lebih 700 permit pendakian untuk pelbagai gunung Himalaya musim ini, termasuk 319 untuk Everest.-AFP


(Anurag Maloo, pendaki India yang berjaya diselamatkan selepas tiga hari hilang)

Media Baharu