fb fb fb fb fb

Tiga angkasawan China kembali ke bumi

(Foto Reuters)

BEIJING, 4 Jun- Tiga angkasawan China selamat mendarat di bumi, menaiki kapsul kapal angkasa Shenzhou-15.

Ia sekali gus menamatkan misi enam bulan di stesen angkasa Tiangong, negara itu, lapor agensi berita Xinhua, pada Ahad.

Kapsul itu mendarat di tapak pendaratan di wilayah Mongolia Dalam, utara China.

Angkasawan terlibat ialah Fei Junlong, Deng Qingming dan Zhang Li.

"Ketiga-tiga mereka dalam keadaan fizikal yang baik. Misi tersebut adalah satu kejayaan yang lengkap," katanya.

(Foto Reuters)

Rakaman menunjukkan pegawai perubatan memakai jumpsuit putih dan bertopeng muka menyelimuti angkasawan dan membawa mereka keluar dari tapak pendaratan itu.

Ketiga-tiga mereka menghabiskan masa enam bulan di stesen angkasa Tiangong, menjalankan aktiviti berjalan di angkasa dan pelbagai eksperimen saintifik.

China minggu lalu menghantar tiga lagi angkasawan, termasuk orang awam pertamanya di orbit - ke stesen angkasa sebagai sebahagian daripada misi pengganti Shenzhou-16.

Beijing menyasarkan untuk menghantar misi kru ke Bulan menjelang 2030 dan merancang untuk membina pangkalan di permukaan bulan.-AFP

Media Baharu