fb fb fb fb fb

Tiga anggota polis LA terbunuh dalam letupan di pusat latihan

Foto REUTERS

LOS ANGELES, 18 Julai – Tiga anggota veteran Jabatan Sheriff Daerah Los Angeles maut dalam satu letupan di sebuah pusat latihan di timur bandar itu.

Letupan berlaku sekitar pukul 7:30 pagi (waktu tempatan) di Kem Latihan Biscailuz, di kawasan khas yang menempatkan Unit Penguatkuasaan Khas Bahagian Letupan dan Pembakaran.

Sheriff Robert Luna mengesahkan kematian ketiga-tiga anggota itu dan memaklumkan tiada kakitangan lain yang cedera.

“Malangnya, ini merupakan kehilangan nyawa paling besar dalam sejarah Jabatan Sheriff Daerah Los Angeles sejak 1857,” kata Luna dalam sidang media.

Menurut beliau, identiti mangsa belum dapat didedahkan, ketiga-tiga mereka merupakan anggota veteran dan berpengalaman.

Punca letupan masih dalam siasatan, namun Luna memberi jaminan bahawa kejadian ini merupakan insiden terpencil dan tidak menimbulkan ancaman kepada masyarakat.

"Kawasan kejadian baru sahaja disahkan selamat untuk dimasuki oleh pasukan penyiasat dan satu siasatan penuh akan dijalankan ," katanya. - REUTERS

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI