fb fb fb fb fb

AS mulakan fasa baharu pembinaan tembok sempadan dengan Mexico

Foto AFP

CIUDAD JUÁREZ, Mexico, 19 Julai – Amerika Syarikat (AS) telah memulakan pembinaan bahagian baharu tembok sempadan sepanjang 7 batu yang menghubungkan Santa Teresa, New Mexico (AS) dan Ciudad Juárez, Chihuahua (Mexico).

Langkah itu sebagai sebahagian daripada fasa baharu pengukuhan kawalan sempadan.

Projek ini merupakan sebahagian daripada peruntukan besar yang diluluskan menerusi Rang Undang-Undang Utama Presiden, Donald Trump, "One Big Beautiful Bill" yang ditandatangani pada 4 Julai lalu.

Undang-undang tersebut memperuntukkan sebanyak AS$46.5 bilion untuk infrastruktur sempadan, termasuk pembinaan dan peluasan tembok pemisah.

Pembinaan ini menandakan kejayaan legislatif terbesar dalam penggal kedua Presiden Trump, dan mencerminkan keutamaannya terhadap keselamatan sempadan dan kawalan imigresen. - AFP

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI