BANGKOK, 25 Julai – Tentera Thailand hari ini mengeluarkan rakaman video yang didakwa menggunakan serangan dron terhadap sebuah depot senjata milik tentera Kemboja berhampiran sempadan kedua-dua negara.
Rakaman yang diedarkan menyaksikan beberapa struktur bangunan diserang oleh dron, termasuk satu insiden di mana sebuah dron terbakar di udara sebelum terhempas ke tanah.
Bagaimanapun, lokasi dan tarikh rakaman tidak dapat dipastikan secara jelas.
Serangan tersebut berlaku ketika pertempuran artileri antara Thailand dan Kemboja berlarutan ke hari kedua, menjadikan ia pertempuran sempadan paling teruk dalam lebih sedekad.
Sehingga kini, sekurang-kurangnya 16 orang dilaporkan terkorban dalam konflik yang semakin memuncak, walaupun terdapat desakan dari negara serantau dan masyarakat antarabangsa untuk gencatan senjata segera. - REUTERS